PAS kekal dengan pendiriannya sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 tidak sesuai diadakan pada tahun ini.<br /><br />Naib Presidennya Datuk Idris Ahmad berkata, pandangan itu telah diutarakan sejak sekian lama, dan akan diulangi dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, jika perkara itu kembali berbangkit.<br /><br />Katanya lagi, pandangan parti PAS adalah berlandaskan kenyataan pihak berkaitan termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa negara berkemungkinan besar akan dilanda banjir besar pada penghujung tahun ini, terutamanya di beberapa negeri.